Wednesday, 17 December 2014

Apa itu Argan Oil ?


Apabila datangnya Bulan Ramadan, banyak tayangan television yang menampilkan kehidupan di wilayah Timur Tengah. Walaupun kawasan persekitaran di sana kering, kita selalu takjub dengan kecantikan para gadis Timur Tengah. Cuba perhatikan, kulit mereka tampak lembab dan jauh dari kesan kering dan kusam, rambut mereka hitam berkilau dan tampak lembut, apa ya rahsia mereka?

" Kulit gadis-gadis Timur Tengah selalu tampak halus dan lembab, rambut hitam berkilau yang sehat.. !!!!
Rahsianya adalah minyak argan. Minyak ini memiliki khasiat dua kali minyak zaitun. "
Salah satu rahsia cantik gadis-gadis Timur Tengah adalah argan oil atau minyak argan. Apa itu minyak argan? Produk ini masih asing bagi kita yang lebih terbiasa dengan minyak zaitun. Tapi tahukah Anda, untuk urusan kecantikan, secara scientific ada menyebutkan bahawa minyak argan memiliki kandungan vitamin E 200% lebih banyak dibanding minyak zaitun.


APA ITU ARGAN OIL....?????

Buah Argan dari pohon Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa ialah sejenis pokok yang tergolong di dalam keluarga Sapotaceae. Ia berasal dari era Tertiary dan merangkumi sebahagian besar kawasan Morocco. Dari sinilah bermulanya penempatan manusia di seluruh Maghribi. Pokok-pokok Argan hidup di kawasan yang agak kering di kawasan barat daya Maghribi.
Pohon Argan adalah pohon hutan khusus dan mempunyai buah yang luar biasa. Ia mewakili 65% (700,000 ha) kawasan hutan di barat daya Maghribi. Kawasan ini telah diwartakan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, dan Argan dengan sendirinya mewakili ekologi dan sosio-ekonomi bagi kawasan tersebut. Kawasan yang tandus kering telah menjadi sumber pendapatan utama bagi hampir 3 juta penduduk di kawasan ini.

Pohon Argan mempunyai manafaat yang banyak, kayunya dijadikan kayu api ataupun arang, daun, sisa kulit dan buah Amandons menjadi sumber kepada haiwan terutama kambing.



No comments:

Post a Comment