Wednesday, 17 December 2014

KHASIAT MINYAK ARGAN



KHASIAT MINYAK ARGAN 

Minyak lain yang biasa dipakai dengan cara menyapu pada kulit atau rambut biasanya agak berminyak dan melekit, susah meresap, dan menutup liang manakala berbeza dengan bagi minyak argan. Minyak ajaib ini pula mudah meresap, tidak berminya atau pun melekit dan tidak berbau. Inilah beberapa manfaat minyak argan dalam bidang kecantikan:

Mencegah penuaan: Minyak argan sangat berkesan untuk menghentikan silang protein dan degenerasi DNA yang boleh mengakibatkan penuaan.

Menghilangkan garis halus: Dua hal ini adalah seram bagi wanita. Minyak argan dapat mengekalkan keanjalan kulit dan memulihkan semula kulit dengan menambah rintangan kelembapan, kulit akan lebih bercahaya dan kelihatan semakin muda.

Mencegah kulit kering. Minyak argan akan mengembalikan lapisan hidri lipidic kulit yang dapat meningkatkan penyerapan air, sehingga kulit anda akan terhindar dari kekeringan.

Pembaikan kolagen dan elastin. Dua formula tersebut bertanggung jawab untuk menjaga ketegasan kulit, mengurangkan garis halus bahkan keriput yang tampak nyata. Juga pembaikan kulit yang rosak. Membuat kulit awet muda.

Mencegah kerosakan akibat sinar matahari. Dengan formula antioksidan dan kandungan vitamin E yang sangat tinggi, minyak argan akan melindungi kulit anda dari kesan buruk sinar matahari dan pelbagai radikal bebas.

Menghilangkan stretch mark. Parut ini biasanya muncul di bahagian paha, perut dan punggung, membuat banyak wanita tak percaya diri. Biasanya stretch mark hadir kerana kehamilan dan penurunan berat badan. Minyak argan dapat membantu menghapuskan masalah stretch mark.

Menghilangkan jerawat. Kandungan polifenol membantu kulit tetap sihat kerana berfungsi sebagai anti radang, antiseptik dan boleh menyembuhkan kulit dari masalah jerawat.

Mengukuhkan kuku. Kuku anda rapuh? Oleskan saja minyak argan. Nutrisi dalam minyak argan terbukti dapat menguatkan kuku yang rapuh sekaligus melembutkan kutikula. Juga dapat mengurangkan kedutan pada punggung tangan.

Melicinkan rambut. Minyak argan dapat memelihara kelembutan rambut, membuat rambut lembut dan memperbaiki rambut dari kerosakan yang paling parah sekalipun. Pemakaian teratur akan membuat rambut selalu sihat.


www.arganrain.com.my
www.arganrain.my

No comments:

Post a Comment