Wednesday, 17 December 2014

KANDUNGAN AJAIB MINYAK ARGAN



KANDUNGAN AJAIB MINYAK ARGAN

Minyak argan sering disebut sebagai emas cair (LIQUID GOLD) kerana khasiatnya sebagai pelembab kulit dan keajaiban menyembuhkan yang telah dikenali sejak tahun 1550 sebelum masehi. Minyak argan sendiri dihasilkan dari biji yang dihasilkan pokok argan, pokok ini hanya tumbuh di negara Maghribi.

Tidak hairan la jika minyak argan disebut sebagai emas cair dalam pelbagai kajian makmal, kerana kandungan minyak argan ini yang mampu merawat dan mengekalkan kecantikan wanita.

Vitamin E. Merupakan antioksidan yang dapat melindungi kulit dari radikal bebas. Meningkatkan kemampuan kulit untuk melembapkan kulit danmenghalang sinaran uv yg merosakkan kulit Minyak argan mengandungi vitamin E 200% hingga 300% lebih banyak berbanding minyak zaitun.

Asid lemak Essential. Merupakan tahap asid lemak yang penting untuk menjaga kesihatan membran, menjaga kulit tetap elastik dan menjaga kelembapan.

Asam Linoleat & Oleat. Merupakan formula yang dapat mencegah keradangan dan memperbaiki struktur kulit yang rosak.

Squalene. Secara semula jadi, formula ini berfungsi untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan. Mempunyai efek menyembuhkan luka, mempunyai sifat anti bakteria yang sangat baik untuk enzim dan mengatasi masalah jerawat.

Polifenol. Dapat melawan kerosakan yang ditimbulkan akibat sinar matahari. Dapat memperbaiki kulit dengan sifatnya sebagai anti keradangan, anti septik dan melindungi kulit dari radikal bebas.

Sterol. Formula yang dapat mencegah penuaan kulit, melindungi kulit dan melembapkan ..

D-7 stigmasterol. Bahan ini sangat jarang berlaku dan dipergunakan untuk mengubati penyakit kulit dan membantu proses penyembuhan luka dan rangkaian kulit yang rosak seperti eczyma, strech mark dan sebagainya.

Dan masih banyak lagi kandungan alami minyak argan yang dapat menjaga kecantikan dan kemudaan kulit anda.

No comments:

Post a Comment