Wednesday, 17 December 2014

KHASIAT ARGAN OIL KEPADA RAMBUT :



KHASIAT ARGAN OIL KEPADA RAMBUT :

Mengurut kulit kepala dengan minyak tumbuh-tumbuhan adalah salah satu cara tradisional untuk menyuburkan rambut dan kulit kepala, nenek moyang kita melakukannya. Pada masa kini, di mana anda boleh mencari pelbagai produk penjagaan rambut yang praktikal, minyak-minyak semula jadi ini masih menjadi juara teratas untuk membuat rambut menjadi lebih sihat dan lembut dengan sentuhan semula jadi.

Minyak Argan menghidrat rambut dengan cara semulajadi. Ia mampu memberhentikan keikalan dan kekasaran rambut dengan cara yang cekap.

Minyak Argan mampu menembusi ke liang rambut serta meningkatkan keanjalan rambut. Ia juga sangat berkhasiat untuk pertumbuhan rambut.

Minyak Argan mampu merawat pertumbuhan rambut yang tidak terkawal serta tidak terurus. Ia mengembalikan kelancaran rambut dan rambut menjadi lebih terurus.

Anti Oksidan semulajadi yang terdapat dalam Minyak Argan mampu mengukuhkan rambut dengan membaik pulih membran sel yang rosak pada rambut.

Kehadiran Vitamin E dalam Minyak Argan menjadikannya agen yang terbaik untuk rawatan rambut. Terdapat pelbagai agen luaran dan dalaman seperti haba, kerosakan akibat dari pengoksidaan rambut serta terlebih penggayaan. Vitamin E yang terdapat dalam Minyak Argan sangat berguna dalam memulihkan rambut secara semulajadi serta merawat kerosakan disebabkan oleh agen perosak.

Para penyelidik percaya bahawa Minyak Argan berfungsi mengekalkan kelembapan serta mengembalikan kilau dan sinar rambut. Mewarna rambut boleh menyebabkan kerosakan pada rambut, menjadikan rambut rapuh dan tidak terurus. Manfaat tambahan Minyak Argan adalah ia merupakan penawar rambut yang rapuh dan meningkatkan warna rambut yang dirawat. Dalam bahagian ini, ia mampu mengatasi Minyak Jojoba.

Pakar-pakar rambut mempercayai bahawa Minyak Argan merupakan pilihan yang tepat untuk menyembuhkan serta memulihkan rambut yang rosak, kering dan lemah akibat daripada persekitaran alam sekitar, amalan penggayaan yang berlebihan dan sebagainya.

Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega 3 dan Omega 9, Minyak Argan adalah sumber komponen penting pemakanan untuk liang-liang akar rambut. Asid lemak tak tepu ini mengukuhkan struktur ikatan protein dalam rambut dan dengan itu meningkatkan kekuatan rambut serta penyembuhan sehingga ke hujung rambut.



www.arganrain.com.my
www.arganrain.my

No comments:

Post a Comment